Album Cover Aku Masih Di Sini

Aku Masih Di Sini

XPDC

5

Lenaku dibuai bayangan seribu bintang

Kasih tertumpah dibingkai awan

Demi kemilau sang mentari yang tak bisa mengerti

Biar kutitipkan keperihan pelayaran

Hingga terdaya ku melafazkan

Salju sebening kasihku kepadamu, oh kekasih

Ingin kubuktikan keyakinan dalam diri

Kupunya jiwa nan suci

Untuk kumiliki sepenuhnya nirwanaku

Oh pedihnya terpanah arjunamu

Terbelenggu aku didalam menunggu

Bergelora rintihan asmaramu

Di pelantar rindu yang menghempas

Namun kerana tulusmu

Masih mampu aku berdiri

Demi naluri yang sama

Kita masih di sini

Oh pedihnya terpanah arjunamu

Terbelenggu aku di dalam menunggu

Bergelora rintihan asmaramu

Di pelantar rindu yang menghempas

Namun kerana tulusmu

Masih mampu aku berdiri

Demi naluri yang sama

Kita masih di sini

Ingin kubuktikan keyakinan dalam diri

Kupunya jiwa nan suci

Untuk kumiliki sepenuhnya nirwanaku

Demi kasih dan cintaku

Aku masih di sini