Album Cover Ababli

Ababli

RAIHAN

4

Bagai Gempa Bumi Yang Menggegarkan

Tentera Bergajah Abrahah

Ingin Memusnahkan Kota Mekah

Kerana Dengki Benci Terhadap Rumah Allah

Tiada Yang Mampu Untuk Membantu

Mukmin Hanya Berserah Kepada Yang Empunya Kaabah

Yakin Dan Berdoa

Allah Sendiri Yang Akan Menjaganya

Ababil Kisah Benar Dari Al-Quran

Ababil Bukan Hanya Kisah Dongengan

Ababil Satu Bukti Bantuan Tuhan

Jika Kita Bertakwa Dan Bertawakal Kepada-Nya

Burung-burung Ababil Dikirim Allah

Melemparkan Batu Yang Panas, Batu Dari Neraka

Menghancurkan Bala Tentera Abrahah, Tanda Pembelaanya

Persoalannya Mengapakah Kita Di Zaman Ini

Dipermainkan Sesuka Hati Oleh Musuh Kita

Tiada Pembelaan Dari Tuhan Untuk Umat Ini

Kerna Cinta Dunia Dan Takut Mati

(al-wahan)

Cubalah Kita Koreksi Diri