Album Cover Sifar

Sifar

Kmy Kmo

5

Andainya aku tahu

Betapa diriku hilang tiadamu

Seperti biasa

Selepas bangkit dari beradu

Sudah terbiasa nafas dan degup diatur dulu

Dah pun selesai

Yang itu terus ku rujuk

Kelengkapan di diri

Serba-serbi harus cukup

Penglihatan yang mana kabur dilekapkan kanta

Tenaga badan makin uzur dilengkapkan herba

Dan pada minda

Minda yang makin bebal nak dikental

Zikir dan wirid cukup mujarabnya paras kebal

Nah bekal, kan semuanya bila berjalan

Biar berpayung

Sebelum berhujan sesalan

Walau dilambung ombak dunia menguji iman dan

Taqwa ku kekal teguh tiap kali diuji Tuhan

Kenali pintu halal

Pagar yang mana haram

Bijak perlu di akal

Tak sekadar melaram

Kembali pada asal

Fahami hukum alam

Dugaan tak disangkal

Datang bermacam ragam

Usah bertanya pada yang duka

Pandangan dunia yang

Tak mungkin sama

Usah bertanya pada yang alpa

Apa mungkin bahagia jika

Hilang segala

Persoalan ku kerap

Singgah dibibir ramai

Apakah dah ditetapkan manusia mudah mamai

Yang lalai jauh dari jadi khalifah

Kemudi kapal karam dihanyutkan laut khilaf

Dan insafnya datang pun jarang sekali

Saat diri dihempas rugi baru kucup bumi

Kan sunyi bila tiada nikmat dipuji

Dicuci

Nikmat yang selama ni dikunci

Dan suci

Kan lubuk hati dengan ikhlas

Jauhkan dari sombong riak saat kau dikipas

Yang rimas

Yang lemas

Yang dikilas dibidas

Semuanya akan hadir bila iman hanya bias

Harus diakur

Makin jauh makin hancur

Bila tanpamu luluh hati lebur dari luhur

Jadi ku jujur

Saat bersamamu tak teratur

Hidup rapi tak serapi seperti asal kau dilentur

Andaikan saja aku tahu

Betapa diriku hilang tiadamu

Maafkanku yang tak pernah tahu

Berikanlah ku waktu

Untuk aku, untuk kamu

Usah bertanya (woo) pada yang duka (usah bertanya)

Pandangan dunia yang

Tak mungkin sama

Usah bertanya pada yang alpa

Apa mungkin bahagia jika

Hilang segala

Sifarkan dosa

Tuk sifarkan segala musibah

Muhibah akan hadir tanpa henti berturut-turut

Minda jumud diselaputi lumut disetiap sudut

Maksum yang semakin

Susut pulang ke bermukin zuhud

"Hud ayat enam" kan yakinkan titik soal

Bilamana pasti datang besar ataupun setimpal

Lut pada kalam maka yang rugi ditinggal

Hubungan semanusia lestari takkan kritikal

Usah bertanya

Pada yang duka

Pandangan dunia yang

Tak mungkin sama

Usah bertanya

Pada yang duka

Pandangan dunia yang

Tak mungkin sama

Lagu lain oleh Kmy Kmo