Album Cover Insan Sama Sahaja

Insan Sama Sahaja

Bangsar Boyz

4

Hakikatnya kita sama sahaja

Tiada berbeza

Di antara kita sesama kita

Tiada lagi jurang yang nyata

Tinggi nilai kita di sisi Allah

Hanyalah taqwa

Ada rasa bersama serta bekerjasama

Tanpa beza yang nyata kita sama sahaja

Silaturrahim yang kita jalinkan sekian lama

Di bawah satu arah perjuangan

Yang berasaskan keyakinan

Tanpa mengira darjat dan nama lapisan usia

Melangkaui batas miskin dan kaya

Kita berjuang bersama

Kemesraan akrab di hati (2X)

Teguh dan hakiki

Beriring berganding tangan

Satu hala perjuangan

Ke arah keselarasan

Dalam setiap tindakan

Lagu lain oleh Bangsar Boyz